Saturday, October 8, 2022

TMJ dedahkan hasil perbincangan dengan Najib

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendedahkan beliau menyuarakan kebimbangannya dan kerisauan rakyat mengenai keadaan politik, negara dan negeri Johor  secara keseluruhan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

13938385_10153694857600952_3110045784522144309_n

Menurut Tunku Ismail Sultan Ibrahim, beliau ingin tahu dasar dan prinsip kerajaan, selain menyuarakan perlunya peluang diberi kepada generasi muda yang berbakat untuk memainkan peranan lebih besar dalam membina negara ini.

“Apabila saya menghadapi masalah, kelebihan saya adalah saya mampu untuk berhadapan dan membincangkan masalah tersebut, mengendalikannya secara ‘gentlemen’,” katanya menerusi wawancara khas yang dimuat naik ke dalam laman Facebook Johor Southern Tiger semalam.

Tambah Tunku Ismail: “Saya tidak bersembunyi di sebalik komputer dan hanya menulis di laman facebook dan saya pasti bukannya seorang pengecut, yang membaling batu, sembunyikan tangan.”

“Saya lebih suka berterus terang dan menangani masalah yang saya hadapi dengan seberapa segera. Apabila saya mempunyai masalah, saya bersuara, menjelaskan kebimbangan saya dan membincangkan bagaimana ia harus dikendalikan dan juga berkongsi pandangan saya terhadapnya,” ujarnya.

“Saya tidak suka untuk menyembunyikan masalah seperti sesetengah pemimpin tertentu yang hanya mahu bercuti percuma atau melobi projek-projek tertentu,” tambahnya.

Matlamat akhir beliau berbuat demikian kemajuan  negara, selain memperjelaskan lagi mengenai pendiriannya terhadap pendidikan dan gejala rasuah.

“Saya akan terus bersuara serta memberi pandangan kepada pemimpin-pemimpin negara ini demi kepentingan rakyat,” katanya.

Tunku Mahkota Johor menjelaskan,  beliau telah menyuarakan kebimbangannya terhadap situasi politik negara secara keseluruhan khususnya melibatkan negeri Johor dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Menurut Tunku Ismail, selain melontarkan suara mengenai peluang generasi muda berbakat untuk memainkan peranan lebih besar dalam membina negara ini, beliau turut bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai dasar dan prinsip diamalkan oleh kerajaan.

“Ini adalah antara isu-isu yang saya sampaikan kepada Perdana Menteri selain daripada isu-isu semasa lain di negara ini.

“Datuk Seri Najib turut berkongsi pandangan dan pendapat beliau kepada saya malah saya turut menyuarakan bukan sahaja kebimbangan tetapi juga suara rakyat,”katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru