Wednesday, December 7, 2022

Sebuah kapal bawa 900,00 liter diesel hilang

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sebuah kapal tangki minyak milik Indonesia, MT Vier Harmoni, yang membawa 900,000 liter diesel bernilai RM1.57 juta, hilang di perairan Malaysia, petang semalam.

14054987_1166637173393395_1989252953754229017_n

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya pagi tadi, kapal itu sepatutnya berada di sekitar perairan Kuantan, namun telah dilarikan.

APMM berkata, gerakan mencari kapal berkenaan diaktifkan awal pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Pengarah APMM, Datuk Ahmad Puzi Abu Kahar berkata, beliau telah menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia dan dimaklumkan kapal tangki itu berada di perairan Batam bersama muatan diesel berkenaan.

Dalam kenyataan terbaharu yang dimuat naik di akaun Twitternya, Ahmad Puzi menjelaskan, siasatan awal mendapati, kapal berkenaan yang didaftarkan di Batam telah dilarikan atas sebab masalah dalaman. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru