Wednesday, June 29, 2022

Input daripada pihak berkepentingan mantapkan  persediaan Bajet 2017

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan akan terus mendapatkan input daripada  pihak berkepentingan bagi memantapkan persediaan Bajet 2017.

Satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan berkata, beberapa siri mesyuarat bersama kumpulan fokus akan diadakan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan mereka mengenai topik tertentu sepanjang bulan Ogos.

“Mesyuarat kumpulan fokus pertama mengenai Kos Sara Hidup telah dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani pada 1 Ogos lalu,” kata kenyataan itu.

Bajet 2017   akan dibentangkan di Parlimen oleh  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada 21 Oktober ini.

Melalui kumpulan fokus ini, kementerian berkenaan berkata, pihak berkepentingan termasuk industri, organisasi profesional, dewan perniagaan, badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan  dapat  berkongsi pandangan mereka dan memberikan input masing-masing.

Kementerian Kewangan memaklumkan dalam memaksimumkan potensi sepenuhnya, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) turut memberi fokus bagi menarik jumlah pelancong yang tinggi dalam meningkatkan lagi sumbangan industri pelancongan kepada ekonomi negara.

Menurutnya, sebagai sebuah negara tropika yang indah, terdapat banyak produk unik dan menarik ditawarkan di negara ini serta memberi pengalaman besar buat para pelancong.

Selain itu, Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa kerajaan komited untuk meningkatkan pelan lanjutan, persiapan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi menarik lebih ramai pelancong ke negara ini. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru