Wednesday, June 29, 2022

Buka mata lihat komitmen kerajaan bela nasib rakyat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen UMNO Kuala Selangor menyifatkan pelaksanaan Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) telah  memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sejak penubuhannya pada 2009.

Datuk Seri Dr Irmohizam IbrahimDatuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, strategi berkenaan telah menawarkan pelbagai perkhidmatan awam yang mudah diakses oleh rakyat Malaysia di seluruh negara.

“Kejayaan strategi NBOS ini membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga EXCO IM4U berkata, rakyat harus membuka mata serta minda mereka dalam melihat segala komitmen, usaha dan inisiatif kerajaan pimpinan Najib dalam mencapai pertumbuhan ekonomi yang kukuh di samping meningkatkan kesejahteraan awam.

“Berdasarkan kejayaan inisiatif NBOS ini, ternyata janji kerajaan untuk mendahulukan rakyat bukanlah retorik semata-mata kerana telah terbukti perlaksanaan strategi ini telah memanfaatkan negara dan rakyat,” ujarnya sambil memberi contoh kejayaan kerajaan melalui penubuhan Pusat Transformasi Bandar, Pusat transformasi Luar Bandar serta kerjasama berterusan PDRM dan ATM dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

Katanya, tidak dapat disangkal lagi, pimpinan yang hebat dan mantap beserta dengan pelaksana yang cekap akan menjadikan Malaysia mampu untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Peranan golongan muda juga antara teras utama kejayaan NBOS melalui program dan pendekatan im4u yang menitikberatkan soal kesukarelawan yang mana ini juga antara elemen bagi mewujudkan masyarakat penyayang dan penjanaan perpaduan kaum di Malaysia,” ujarnya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru