Thursday, September 29, 2022

Polis klasifikasi ke kehilangan kanak-kanak 11 tahun sebagai kes culik

Secara Rawak

MIRI: Polis kini mengklasifikasikan siasatan kanak-kanak berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya semalam di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan jenayah penculikan.

junaidi bujang 2Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Junaidi Bujang berkata, sehingga tengah hari tadi, murid terbabit masih tidak dijumpai, dan polis kini memperluaskan jangkauan pencarian.

“Kita menaruh harapan untuk membawanya balik dengan selamat,” katanya.

Berdasarkan maklumat abangnya, Aaron Joseph, adik bongsunya, Derrona Joylyn Joseph dikatakan mengikut seorang lelaki, dengan menaiki sebuah kenderaan Perodua Viva berwarna putih dengan nombor plat QMU971 ketika keluar dari sekolah.

Perkara tersebut disahkan oleh pengawal keselamatan sekolah sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

Bagaimanapun sehingga jam 9 malam tadi, kelibat Derrona tidak muncul di rumah keluarga tersebut manakala kenderaan tersebut dijumpai tersadai di Padang Kerbau, Pujut.

Difahamkan bahawa pemandu kenderaan itu juga telah dikenal pasti sebagai abang ipar mangsa, yang berkahwin dengan kakaknya.

junaidi bujang“Kita difahamkan bahawa lelaki yang mengambil mangsa pulang dari sekolah merupakan abang ipar mangsa dan mereka tinggal sebumbung.

“Justeru itu, tiada elemen paksaan terlibat dan kita kini sedang menjalankan soal siasat lanjut dan menyeluruh,” jelasnya.

Kanak-kanak terbabit dipercayai mempunyai talian darah dengan seorang kenamaan bertaraf ahli Parlimen di negeri ini.

Pihak polis turut berusaha mengenal pasti motif penculikan itu, tambahnya lagi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru