Saturday, December 3, 2022

Pas tidak mahu apa-apa daripada Umno, kata pemimpin Pas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul  Jabar  menyatakan, Pas hanya ingin bersatu dalam perkara yang hak sahaja dan parti itu tidak mahu apa-apa daripada Umno.

Screen Shot 2016-08-17 at 13.12.33Menurut,  selama ini Pas berlawan dengan Umno kerana hendak menegakkan Islam.

Begitu juga apabila Pas bertahaluf dengan sesiapa, tujuannya adalah untuk Islam, sebab itu dasar Pas.

“Pas sentiasa akan mengambil ruang yang ada walau di mana pun celahannya, jika ia adalah peluang untuk Islam dapat diamalkan dan kebaikan pada ummah. Kini ruang itu telah terbuka sebahagiannya, tunggu dibahaskan untuk mendapat sokongan,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

“Kalau MP Islam bersatu untuk memberikan sokongan, Insya-Allah akan berjaya. RUU 355 akan berjaya jika dapat majoriti dan apabila MP Islam bersatu berikan sokongan meskipun bukan atas nama parti, tak perlu bagi Pas untuk sertai Umno atau mana-mana parti untuk dapatkan sokongan,” ujarnya.

Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur berkata, dasar Pas adalah Islam,  dan semua gerak kerja politik Pas dipandu oleh Islam, jika bulan itu menerangi malam begitulah keyakinan Pas bahawa Islam itu menerangi kehidupan, tiada secerah suluhannya, dengan cahaya itulah Pas berpolitik.


Katanya: “Kalau Pas nak bersatu, sama ada dalam bentuk tahaluf atau taawun, maka yang pertama-tamanya Pas melihat akan melihat kebolehannya dari sudut syarak, boleh atau tidak boleh, biar syarak tentukan, bukan pakai nafsu semata, kalau nafsu semua boleh asalkan untung dunia, tapi syarak tidak begitu, ada boleh dan ada tak boleh.”

Pas kata Rosli,  akan juga melihat keuntungannya, bukan duit, tapi Islam.

“Kalau merugikan Islam, Pas tak sedia nak bersatu, yang dah bersatu pun Pas akan keluar kalau sekiranya ia menyebabkan Islam rugi, apatah lagi kalau Islam itu dihalang dan dihina,” tambah beliau lagi.

Pesuruhjaya Pas Pahang itu berkata, RUU 355 adalah sebahagian daripada agenda Islam. Walaupun tidak menyeluruh tetapi dapatlah dilaksanakan sebahagian dari perundangan Islam.

“Kalau orang bukan Islam senada dalam menolaknya kenapa pula kita yang mengaku beriman tidak boleh senada untuk perjuangkannya,” jelasnya.

“Kalau benci kat sesiapa, jangan sampai dustakan kebaikan yang dia buat dan nafikan kebenaran. Kalau suka jangan sampai benarkan kejahatan yang dia buat dan benarkan kesalahannya,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru