Thursday, September 29, 2022

Murid tahun 5 dilarikan dari sekolah di Miri, kereta dijumpai tersadai

Secara Rawak

MIRI: Seorang murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Miri dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah sejak tengah hari semalam.

Screen Shot 2016-08-17 at 13.02.58

Menurut abang mangsa yang dikenali sebagai Aaron Joseph, adiknya, Derrona Joylyn Joseph dikatakan mengikut seorang lelaki, dengan menaiki sebuah kenderaan Perodua Viva berwarna putih dengan nombor plat QMU971 ketika keluar dari sekolah.

Perkara tersebut disahkan oleh pengawal keselamatan sekolah sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

Bagaimanapun sehingga jam 9 malam tadi, kelibat Derrona tidak muncul di rumah keluarga tersebut manakala kenderaan tersebut pula dijumpai tersadai tidak jauh dari kediaman mangsa.

Ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan tersebut semalam dan pihak keluarga telah membuat hebahan melalui media sosial, agar sesiapa yang menemui mangsa memaklumkan kepada mereka segera.

TERKINIAbang ipar diburu, disyaki culik murid SK Miri

Difahamkan, pihak polis masih melakukan siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak tersebut, termasuk mengenal pasti motif dan mengenal pasti yang tersangka.

Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang tuntutan dilaporkan, jika ia melibatkan kes penculikan. – Sarawakvoice.com

junaidi bujangBERKAITAN: Polis klasifikasi ke kehilangan kanak-kanak 11 tahun sebagai kes culik |

 

 

5db500fc-fcf3-4de7-9eca-ed25515422b8

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru