Wednesday, June 29, 2022

Keamanan dapat dipupuk melalui sains dan teknologi, titah Sultan Nazrin

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, keamanan dan kestabilan dapat dipupuk melalui penggunaan sains dan teknologi.

Sultan Nazrin ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Sains Untuk Keamanan di sini bertitah, kemajuan sains dan teknologi tidak  akan mempunyai nilai, malah tidak produktif sekiranya tidak disalurkan secara berkesan oleh manusia yang menciptanya.

14034708_1067470243330760_6346902666934577470_n

Tema persidangan itu ialah ‘More for Peace, Less for War’.

Sama seperti kuasa nuklear yang wujud pada zaman Einstein, baginda bertitah, teknologi digital dan teknologi termaju hari ini mempunyai potensi untuk mendatangkan hasil yang baik dan sebaliknya.

Titah Sultan Nazrin, kita perlu mengurus tadbir dan mengawal selia teknologi ini dengan lebih berkesan bagi memastikan ia digunakan bagi tujuan positif dan bukan untuk membawa kemusnahan seperti masa lampau.

Sultan Nazrin bertitah, dalam memperjuangkan keamanan, urusan tidak boleh seperti biasa.

“Jika kita ingin memastikan kemajuan luar biasa, sains dan teknologi yang ada sekarang digunakan untuk memupuk keamanan dan pembangunan, kita perlu merentasi sempadan konvensional dan mengguna pakai pendekatan lebih bersifat kolaboratif serta berorientasikan nilai terhadap tadbir urus global dan cabarannya,” titah baginda.

Ini, titah Sultan Nazrin, memerlukan pemikiran bersifat transformatif, perancangan bersepadu dan tindakan bersinergi.

“Ia memerlukan kepemimpinan yang boleh diteladani, tegas dan menuntut keseluruhan spektrum pemegang taruh berganding bahu ke arah mencapai matlamat itu,” titah baginda lagi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru