Friday, December 2, 2022

Jadikan perjalanan haji perjalanan rohani dan medan membentuk perpaduan Islam

Secara Rawak

KUCHING: Bakal-bakal haji dari negeri ini diingatkan agar menjadikan perjalanan haji sebagai perjalanan rohani dan menjadikan pertemuan ibadah terbesar itu sebagai medan membentuk perpaduan dalam Islam.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud berkata, Islam merupakan agama yang mengutamakan konsep bersatu padu dalam kalangan penganutnya tanpa mengira kaum dan warna kulit.

“Rasulullah sendiri memperingat akan perkara itu dalam perjalanan haji terakhirnya,” kata Tun Taib dalam pesanan ringkasnya malam tadi ketika mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji dari Sarawak malam tadi.

Menurutnya, menerusi perpaduan yang utuh sesama Islam inilah kita dapat menggerakkan tenaga untuk mencipta kebaikan duniawi, dan berusaha ke arah keamanan, walaupun secara realitinya kita tidak seratus-peratus aman.

“Raihlah pengalaman haji ini sebaik mungkin kerana ia paling berharga dan nikmatilah kehidupan yang sama di Mekah dan Madinah walaupun kita sebenarnya berbeza warna kulit dan amalan sosial,” jelasnya.

Seramai 719 jemaah haji dari Sarawak yang terpilih untuk menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 510 orang merupakan jemaah haji muassasah dan 55 orang lagi adalah jemaah mengikuti perkhidmatan pakej swasta dan 164 jemaah pula adalah kelolaan 1MDB.

Penerbangan malam tadi adalah yang penerbangan khas kedua selepas penerbangan pertama pada lewat malam 15 Ogos. Penerbangan terakhir jemaah haji dari Sarawak berlangsung pada 31 Ogos ini. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru