Thursday, September 29, 2022

Abang ipar diburu, disyaki culik murid SK Miri

Secara Rawak

MIRI: Polis kini memburu seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Julian Sabong, bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang murid tahun 5, Sekolah Kebangsaan Miri, Derrona Joylyn Joseph.

julian sJulian, 36, dipercayai merupakan individu terakhir dilihat bersama-sama Deronna dan menjemputnya di sekolah sekitar jam 12.30 tengah hari Selasa lalu.

Mangsa dikatakan menaiki kenderaan Perodua Viva yang dipandu suspek, yang juga abang iparnya sebelum kenderaan itu ditinggalkan di Padang Karbau, Pujut.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Junaidi Bujang, siasatan polis kemudian mendapati kenderaan itu didaftarkan di atas nama kakak suspek, yang kini berada di Kuala Lumpur.

Petang semalam, dalam sidang medianya, Junaidi mengesahkan kes penculikan tersebut dan pihaknya melakukan siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Polis katanya, percaya mangsa masih bersama-sama dengan suspek, kerana ketika dilarikan, mangsa tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Pihak kita sedang melakukan penjejakan untuk mengenal pasti kedudukan terakhir mangsa, selain mengenal pasti motif di sebalik tindakan suspek tersebut. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru