Wednesday, June 29, 2022

Olimpik: Pingat perak untuk Malaysia dalam genggaman, misi Peng Soon – Liu Ying menukarnya kepada emas

Secara Rawak

RIO DE JANEIRO: “ Saya sangat teruja,” itu ungkapan kegembiraan Chan Peng Soon, apabila bersama-sama pasangan beregunya, Goh Liu Ying mencipta sejarah gemilang untuk memastikan sekurang-kurangnya pingat perak berada dalam genggaman dalam acara badminton beregu campuran dalam Sukan Olimpik Rio 2016.

olim

Pasangan itu melangkah ke perlawanan akhir setelah menewaskan seteru mereka dari China, Xu Chen-Ma Jin, 21-12, 21-19.

Peng Soon-Liu Ying dilihat tidak mengalami kesukaran untuk menewaskan pasangan dari China dalam set pertama separuh akhir apabila menang mudah 21-12 namun Xu Chen dan Ma Jin bangkit pada set kedua untuk memberikan tentangan dengan mendahului 10-6 pada suatu ketika.

Namun, pasangan Malaysia mengorak langkah untuk terus bangkit dan mengejar beregu China itu untuk menjadikan kedudukan 10-11 sebelum menang 21-19.

Peng Soon menyifatkan kejayaan itu adalah hasil persiapan yang rapi.

“Kami sangat teruja. Kami gembira. Kami buat persiapan yang rapi untuk perlawanan separuh akhir ini. Tidak berfikir apa-apa ketika beraksi dan hanya fokus untuk memberikan yang terbaik.

“Terima kasih kepada jurulatih yang memastikan kami membuat persiapan mental secukupnya, kami banyak berbincang dengan jurulatih sebelum perlawanan.

“Jurulatih selalu ingatkan sentiasa fokus. Jadi, terima kasih banyak-banyak kepada jurulatih,” kata Peng Soon lagi.
Bagi Liu Ying pula, keputusan untuk menjalani pembedahan lutut dan beraksi di Sukan Olimpik Rio ternyata amat berbaloi.

“Sangat berbaloi saya membuat keputusan untuk ke Sukan Olimpik,” katanya.

“Kalau sebelum ini beregu campuran jarang untuk melangkah jauh dalam perlawanan besar, kini kami mampu untuk melakar sejarah,” tambah Liu Ying.

Kemaraan Peng Soon-Liu Ying ke final sebenarnya paling bersejarah kerana sejak badminton dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992, beregu campuran negara tidak pernah mara ke pertandingan akhir dan menyumbang pingat.

Gandingan negara akan bertemu pemenang satu lagi separuh akhir di antara Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China, dan pasangan Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir, esok. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru