Sunday, August 14, 2022

Jokowi pecat menteri yang dilantik bulan lalu

Secara Rawak

JAKARTA: Presiden Joko Widodo memberhentikan Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Arcandra Tahar yang baru dilantik bulan lalu kerena masalah dwikewarganegaraannya.

Isu berkaitan muncul pada hujung minggu lepas dan menjadi hangat dibincangkan di media massa di sini.

Peraturan sedia ada tidak membolehkan seseorang mempunyai dwikewarganegaraan.

Menteri itu  memiliki dua pasport, iaitu Amerika dan Indonesia.

Untuk sementara jawatan itu disandang oleh Luhut Binsar Pandjaitan,Menteri Koordinator Kemaritiman. “Luhut menjadi pelaksana tugas menteri ESDM sampai diangkatnya Menteri ESDM definitif,” kata Menteri Setiausaha Negara Pratikno dalam sidang media malam tadi.

Pratinko berkata, peberhentian berkuat kuasa hari ini.

Arcandra yang  menggantikan Sudirman Said sebelum ini sebagaimana dilaporkan agensi berita Antara berkata, beliau telah menyerahkan kewarganegaan Amerikanya.

Beliau dilaporkan berkata, mempunyai pasport Indonesia yang sah sehingga 2017.
Dikatakan Arcandra mendapatkan warganegara Amerika secara naturalisasi pada Mac 2012.

Arcandra merupakan seorang daripada sembilan menteri baharu yang dilantik Jokowi dalam rombakan kabinet bulan lalu, yang kedua sejak dipilih sebagai presiden dua tahun lalu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru