Wednesday, June 29, 2022

Pemain e-sport Dota 2 Malaysia bawa pulang wang tunai RM5.6 juta

Secara Rawak

SEATTLE: Ketika orang sibuk bermain permainan augmented reality Pokemon Go dan sedang orang bercakap berkaitan ganjaran emas di Olimpik Rio, sekumpulan anak muda Malaysia menang bergaya melakar nama dalam arena sukan elektronik atau e-sport.

Kumpulan Fnatic mempunyai empat anggota rakyat Malaysia dan seorang warga Filipina memenangi AS$1.4 juta (RM5.6 juta) pada kejohanan Dota 2 The International 2016.

Fnatic mendapat tempat keempat dalam kejohanan Dota 2 terbesar dunia, di Seattle, Amerika Syarikat itu.

Fnatic terdiri daripada Chai Yee Fung (nama samaran Mushi), Yeik Zheng Nai (MidOne), Khoo Chong Xin (Ohaiyo) dan Adam Erwann Shah (343) serta Djardel Jicko Mampusti (DJ) anggota dari Filipina.

Bermula di Eropah, kebanyakan ahli Fnatic asalnya terdiri daripada pemain United Kingdom dan kini diterajui rakyat Malaysia.

Fnatic menduduki tempat keempat teratas selepas menewaskan pasukan Korea Selatan, MVP Phoenix pada pusingan keempat.

Screen Shot 2016-08-15 at 08.04.34

Meskipun gagal menawan pasukan Digital Chaos dari AS pada saingan separuh akhir, Fnatic pulang bergaya apabila berjaya membawa pulang tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan hadiah‎.

Lima anggota Fnatic berbahagi hadiah tersebut selepas potongan kepada penaja dan cukai.
Tiga lagi pasukan iaitu Wings Gaming, Evil Geniuses dan Digital Chaos bersaing merebut hadiah untuk tiga tempat teratas.

Juara memenangi AS$9.1 juta (RM36.4 juta), tempat kedua AS$3.4 juta (RM13.6 juta) dan tempat ketiga AS$2.2 juta (RM8.8 juta).

The International yang memberi tumpuan kepada permainan Dota 2 kini berkembang menjadi kejohanan e-sport terbesar dunia.

DotA atau Defense of the Ancients ialah sebuah peta yang dibuat dan bermula di Warcraft 3 (Dota 1).

Dota 2 sendiri dimiliki oleh Valve dan berkembang bermula Oktober 2010.

Dalam permainan ini, dua pasukan saling melindungi Ancients (bangunan utama).

Dalam satu pasukan terdapat lima pemain yang perlu memilih seorang hero dari ratusan hero yang tersedia.

Kelima-lima orang dalam satu pasukan ini berusaha bersama-sama melindungi Ancients mereka, sekali gus berusaha menghancurkan Ancients lawan.

Pasukan yang berjaya menghancurkan Ancients lawan, akan jadi pemenang. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru