Wednesday, June 29, 2022

90 permit kerja  Petronas untuk bukan anak Sarawak dibekukan

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak telah mengotakan janjinya dengan mengambil langkah segera yang drastik dengan membekukan sejumlah 90 permohonan permit kerja.

Permohonan itu dikemukakan Petronas bagi permit untuk bukan rakyat Sarawak  bekerja di negeri ini, sejak moratorium berkuat kuasa pada 7 Ogos lalu.

Memetik Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, The Borneo Post melaporkan, kerajaan negeri hanya akan menarik balik moratorium apabila perbincangan dengan syarikat minyak negara itu tentang peluang pekerjaan kepada anak Sarawak telah mencapai tahap konsesus yang adil.

Uggah, yang juga Menteri Permodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkata demikian di satu majlis di Miri  pada malam Ahad.

“Mari kita dapatkan semula hak Sarawak yang telah terhakis,” katanya.

“Kami yakin hasil usaha ini dapat kita lihat nanti, apabila anak Sarawak dapat meraih manfaat dengan pembabitan yang lebih dalam Petronas, ” katanya.

Uggah yang mengumumkan langkah pembekuan terbabit awal bulan ini, memaklumkan kerajaan negeri Sarawak telah meminta laporan terperinci daripada Petronas tentang pembabitan anak Sarawak dalam syarikat minyak itu di negeri ini.   

Sementara itu, Uggah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Morshidi Ghani telah mengadakan mesyuarat dengan pengurusan kanan Petronas di Kuching pagi tadi.

Uggah menyifatkan mesyuarat itu sebagai berhasil.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru