Saturday, December 3, 2022

Habuan Schooling menang emas dan tewaskan Michael Phelps, bakal bergelar jutawan sekelip mata

Secara Rawak

SINGAPURA: Menjadi jutawan dalam sekelip mata. Itu yang dialami oleh Joseph Schooling setelah mencipta dua sejarah semalam.

Screen Shot 2016-08-14 at 13.13.15Pertama, memenangi emas Olimpik untuk negaranya, Singapura, dan yang kedua, menjadi satu-satunya individu yang dapat menewaskan legenda renang dunia
Michael Phelps.

Ya, Michael Phelps tewas dan memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio 2016 gara-gara renangan pantas acara kuak kupu-kupu perenang berusia 21 tahun Singapura ini.

Schooling mencipta renangan 50.39 saat untuk kemenangan itu dan menghampakan Phelps sebagai salah seorang daripada tiga perenang yang menduduki tempat kedua bersama.

Kerana pencapaian itu, Schooling akan menerima habuan besar yang difahamkan bernilai lebih Dolar Singapura 1 juta.

Sebelum ini kerajaan negara itu menjanjikan nilai tersebut untuk mana-mana atletnya yang membawa pulang emas temasya sukan terbesar dunia itu.

Mengulas kejayaannya, Schooling berkata beliau masih tidak percaya dan berasa seperti bermimpi.

“Ini semua gila. Saya berharap Michael akan terus beraksi selepas ini bagi membolehkan saya berlumba dengannya lagi. Saya menyukainya!” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru