Gara-gara Pokemon, dua lelaki cedera dilanggar kereta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SUNGAI PETANI: Gara-gara terlalu leka dan taasub memburu makhluk Pokemon pada jam 2.30 petang, dua lelaki dilanggar sebuah kereta, di Jalan Bakar Arang di sini, semalam.

Mangsa, Tan Chin Kang, 35, seorang pengurus kilang dan rakannya Teoh Koon Ee, 30, jurujual dikatakan asyik bermain Pokemon Go ketika mereka menuju ke sebuah kedai makan sehingga tidak menyedari sebuah kereta lalu sebelum merempuh mereka.

Chin Kang luka pada kaki kiri, manakala Koon Ee cedera di kepala, muka dan kaki akibat kejadian itu.

Mereka begitu seronok kerana berjaya menakluki dan menangkap makhluk itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan kejadian itu, dan mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk rawatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kejadian berlaku apabila mereka leka bermain Pokemon Go sebelum dirempuh kereta dan pemandu kenderaan itu terus meninggalkan tempat tersebut,” katanya.

Beberapa hari lalu, Kerajaan negeri Kedah mengarahkan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) memasang papan tanda amaran bermain aplikasi Pokemon Go di semua masjid negeri itu dengan segera.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pemasangan papan tanda itu selari dengan keputusan Jabatan Mufti negeri mengharamkan permainan Pokemon.

Terdahulu, Jawatankuasa Fatwa Kedah memutuskan permainan Pokemon Go adalah haram untuk umat Islam kerana dilihat lebih mendatangkan kemudaratan. – Sarawakvoice.com

Terbaru