Bekas askar dicekup enam hari selepas menyamun telefon bimbit di Serian

0
5

KUCHING: Kerana telefon bimbit, seorang lelaki Iban berusia 27 tahun bakal “mendaftar masuk” ke dalam penjara, setelah tembelangnya pecah dan dicekup polis di Kampung Tanah Mawang, Serian, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, lelaki terbabit yang juga bekas anggota pengaman, ditahan sepasukan anggota Siasatan Jenayah IPD Kuching hasil maklumat orang ramai.

“Hasil tangkapan tersebut polis merampas telefon bimbit jenis Samsung J7 yang dipercayai hasil samun yang dilakukannya enam hari sebelumnya.

Dalam kejadian pada 4 Ogos lalu, seorang peniaga telefon bimbit yang berusia 44 tahun membuat aduan kepada polis bahawa telefon Samsung J7 yang dipamer untuk jualan di kedainya di Tabuan Jaya, telah dilarikan oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura hendak membeli telefon bimbit.

“Suspek melarikan telefon bimbit tersebut bersama-sama power bank sebeleum melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

Akibat tindakan samun tersebut, pekedai terbabit kerugian hampir RM1,400. – Sarawakvoice.com