Saturday, May 21, 2022

Parti Bersatu  cetusan Mahathir tidak mungkin dapat saingi Umno

Secara Rawak

MELAKA: Banyak yang ingin tahu, sejauh manakah kesan dan pengaruh  Parti Pribumi Bersatu Malaysia? Adakah parti cetusan Tun Dr Mahathir itu mampu menggugat Umno?

Atau ia akan mengalami nasib yang sama seperti parti-parti lain yang ditubuhkan oleh pemimpin yang keluar daripada Umno sebelum ini? Mampukah Bersatu menggantikan Umno?

Bagi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron,  tiada parti yang dapat menggantikan Umno  dari segi keupayaan memperjuangkan kesejahteraan rakyat di negara ini.

“Menubuhkan parti  yang memiliki ciri-ciri seperti Umno, dari segi warna hinggalah kepada nama dan pendiriannya, adalah sia-sia sahaja, “ katanya sambil menambah parti seperti itu tidak akan dapat bertahan diuji masa.

Idris berkata demikian  pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, Khamis.

Beliau, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata Umno kuat disebabkan pengalaman diharunginya.

Katanya, membentuk sebuah parti yang mempunyai rupa seperti Umno kerana kecewa atau berniat tidak baik, tidak akan mendatangkan manfaat kepada rakyat. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru