Friday, December 2, 2022

Lelaki tidak dikenali, mati ngeri dengan tujuh tetakan di kawasan kebun Jalan Bintulu-Tatau

Secara Rawak

BINTULU: Mayat seorang lelaki dengan tujuh kesan tetakan dijumpai di sebuah kawasan kebun di kawasan Semanok, Jalan Bintulu-Tatau pagi semalam.

Menurut jurucakap Polis Bintulu, mayat yang tidak dapat dipastikan identiti itu ditemui pemilik kebun terbabit, seorang lelaki berusia 38 tahun sekitar jam 8.30 pagi semalam yang kemudian membuat panggilan kecemasan kepada pihak polis.

tetak maut bintulu_0001

“Siasatan awal mendapati mayat lelaki tersebut berseluar jeans biru, tidak berbaju dan dibunuh di dalam sebuah pondok kebun sayur.

“Tiada sebarang pengenalan identiti mangsa ditemui pada mayat tersebut yang mempunyai tujuh kesan tetakan pada badan dan kepala, disyaki menggunakan senjata tajam.

Katanya lagi, pasukan forensik sedang melakukan peneriksaan lanjut di lokasi kejadian, sementara mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

“Polis sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti identiti mangsa, termasuk melakukan padanan kepada orang yang dilaporkan hilang,” katanya lagi. – Sarawakvoice.com

tetak maut bintulu_0000

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru