Tuesday, August 16, 2022

Ahmad Razif dan  Ahmad Said sedia berdamai dengan syarat

Secara Rawak

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman menyatakan kesediaannya untuk berbincang dan berunding dengan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bagi meleraikan konflik demi kepentingan rakyat dan negeri.

Beliau mengakui sejak dahulu lagi,  sebenarnya tiada sebarang isu antara beliau dengan bekas Menteri Besar itu.

Ahmad Razif berkata, beliau berlapang dada untuk menghulurkan tangan kepada Ahmad Said  sekiranya mahu berdamai.

Kedua-dua pemimpin terbabit saling menyerang dan mengkritik secara terbuka, dengan Ahmad Said telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif beberapa bulan lalu.

Semalam,  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan  Ahmad Razif  supaya merapatkan semula barisan kepemimpinan Umno di negeri itu sebagai langkah memperkukuhkan kembali Barisan Nasional di Terengganu.

Kedudukan kerajaan negeri itu menjadi goyah jika Ahmad dikenakan tindakan pecat daripada Umno memandangkan BN memiliki 17 kerusi dalam dewan undangan negeri Terengganu manakala Pas 14 dan PKR satu kerusi.

Ahmad Zahid berkata Umno tidak mahu atas faktor dalaman parti, BN kehilangan kuasa di Terengganu.

Kelmarin, Ahmad Said dilaporkan bersedia untuk berdamai tetapi dengan bersyarat.

“Insya-Allah saya sedia berbincang, sedia berunding dan kita akan ambil ketetapan demi kepentingan rakyat dan negeri Terengganu,” katanya.

Antaranya adalah supaya Razif menghormatinya dan sedia berbincang dengannya perkara membabitkan pelantikan dan pemecatan beberapa individu di beberapa syarikat berkaitan kerajaan di Kijal dan Kemaman.

Razif berkata, jika syarat itu boleh dipenuhi, beliau sedia meluluskannya asalkan tidak di luar kemampuannya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru