Wednesday, June 29, 2022

Warga Sarawak, Sabah, bukan Bumiputera boleh masuk parti baru Muhyiddin, Bersatu

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendaftar parti baharu Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)dengan Pendaftar Pertubuhan ROS.

Muhyiddin menjelaskan Bersatu terbuka kepada Bumiputera termasuk Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sarawak dan Sabah seperti takrifan perlembagaan Malaysia, perlembagaan negeri dan undang-undang negara.

Selain itu, keahlian parti terbuka warganegara Malaysia yang lain sebagai ahli bersekutu.

Mereka mempunyai hak yang sama dengan ahli biasa kecuali mengundi atau bertanding mana-mana jawatan dalam parti.

Muhyiddin berkata kepada wartawan di pejabat ROS, “Selaras dengan jaminan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bahawa permohonan kami akan diberi pertimbangan dan diluluskan maka saya berharap permohonan parti (Bersatu) ini mendapat kelulusan seberapa segera daripada pihak pertubuhan.”

13925007_1046257088786183_5361968446028967302_n

Muhyiddin sendiri dikatakan menjadi presiden parti, manakala mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pengerusi.

Antara kumpulan awal yang menjadi ahli parti itu ialah mantan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan mantan pemimpin Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin.

Ahli lain ialah pemimpin kumpulan belia, Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, anak mantan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Sanusi Junid.

Mampukah parti Bersatu menjana sokongan bagi gerakan “Selamatkan Malaysia” menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika reputasi politik pemimpinnya dikatakan merudum.

Kritikan lain menganggap penubuhan Bersatu hanya memecahkan undi di kalangan kaum Melayu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru