Wednesday, June 29, 2022

Video rogol RM3 satu, terjual ribuan unit sehari

Secara Rawak

NEW DELHI: Keganasan dan jenayah terhadap wanita meroket di India.

Pada 2014, berlaku 337,922 laporan keganasan melibatkan rogol, penganiayaan dan penculikan terhadap wanita di India.

Menurut Times of India, banyak penjenayah merakam perbuatan terkutuk mereka sebagai alat mengancam mangsa agar tidak melaporkannya kepada polis.

Bagaimanapun, kemarahan memuncak di India apabila video rakaman jenayah pemerkosaan kini dijual di kedai sekitar Uttar Pradesh.

Selain mengutuk penjenayah, rakyat turut melontarkan kemarahan kepada Ketua Menteri India Akhilesh Yadav yang dilihat gagal menangani kes yang semakin berleluasa itu.

Desakan agar Yadav turun dapat dilihat melalui panasnya hashtag Twitter minggu lepas.

Times of India melaporkan video pemerkosaan sepanjang sekitar 30 saat hingga lima minit itu terjual ribuan unit sehari.

Satu video jenayah itu dijual sekitar 50-150 Rupee (RM3).

The Independent melaporkan jenderal polis Agra, Ajay Sharma berkata, “Kami mengetahuinya. Kami mengambil tindakan sewajarnya, namun, sangat sukar kerana penjualannya dilakukan secara sembunyi.”

Uttar Pradesh terkenal sebagai wilayah berlakunya jenayah pemerkosaan di India.

Minggu lalu, seorang wanita dan anak perempuannya berusia 17 tahun diseret dari kenderaannya di jalan besar dan diperkosa berjam-jam di sebuah ladang.

Media setempat melaporkan polis tidak bertindak semasa dihubungi.

Indian Express pada minggu lepas juga melaporkan wanita lain diperkosa beramai-ramai di Uttar Pradesh.

Adegan perkosaan itu dirakam menggunakan telefon pintar.

Kasihannya, mangsa jenayah ini mendapat stigma dan trauma ketika menghadapi perbicaraan mahkamah.

Sepanjang perbicaraan mangsa dan saksi digertak oleh pelaku yang akhirnya bebas.
Sebelum ini, pada Disember 2012, tunjuk perasaan memprotes kes rogol wanita dalam bas menggegarkan New Delhi.

Protes tersebut mendesak kerajaan menjatuhkan hukuman keras terhadap penjenayah termasuk hukuman mati. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru