Sunday, June 26, 2022

PM ucapkan tahniah kepada Pandelela, Jun Hoong

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan terjun seirama negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong atas kejayaan meraih pingat pertama negara pada temasya Sukan Olimpik di Rio, pagi tadi.

Screen Shot 2016-08-10 at 3.03.58 PM

“Pingat pertama negara! Bangga dengan kejayaan @Pandalela_R & Cheong Jun Hoong! Tahniah! #Rio2016 #MAS # Olympics,” kata Perdana Menteri menerusi akaun Twitter @NajibRazak pada Rabu.

Gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita di Pusat Akuatik Maria Len.

Gandingan negara itu mengumpul jumlah 344.34 mata untuk menang pingat perak dalam acara 10m papan anjal serentak manakala China merangkul emas dengan 354 mata.

Tempat ketiga diraih gandingan Kanada Meaghan Benfeito-Roseline Filion yang mengutip 336.18 mata. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru