Sunday, June 26, 2022

Pandalela bawa pingat perak Olimpik Rio balik ke Sarawak

Secara Rawak

RIO DE JENEIRO: Hasrat Pandalela Rinong untuk mencatat emas bersejarah negara dalam Sukan Olimpik tidak kesampaian apabila hanya mengutip pingat perak di Rio De Jeneiro awal pagi tadi, waktu tempatan.

ioi

Pandalela yang beraksi dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita, dengan gandingannya Cheong Jun Hoong bagaimanapun muncul penyumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016.

Dalam aksi di Pusat Akuatik Maria Lenk, sebentar tadi, gandingan itu mengumpul 344.34 mata dalam lima terjunan.

Pingat emas dimenangi pasangan China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia yang mengumpul 354 mata manakala gangsa dimenangi gandingan Kanada, Meaghan Benfeito-Roseline Filion yang mengutip 336.18 mata.

Berkata kepada media Malaysia selepas keputusan itu, Pandalela berkata, beliau berpuas hati biarpun hanya sekadar memperoleh perak.

“Ia satu kejayaan yang menggembirakan berbanding pingat gangsa di Olimpik London 2012,” katanya

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut merakamkan kegembiraannya dan mengucap tahniah kepada anak Sarawak ini menerusi laman twitternya. – Sarawakvoice.com

io

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru