Wednesday, June 29, 2022

Nenek 76 tahun dipenggal kepala, tangan dan kaki dipotong oleh cucu sendiri di Kulai

Secara Rawak

KULAI: Dipenggal kepala, dipotong kedua-dua tangan dan dipotong kedua-dua kaki.

Itu nasib yang melanda seorang nenek di Felda Pengeli Timur dekat sini akibat perbuatan cucunya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, dalam kejadian mengerikan itu, mayat Maimon Abdul Samad, 76 tahun ditemui dalam keadaan tercerai badan, dengan kepalanya di pintu masuk rumah manakala badannya di bawah singki dapur.

“Kita percaya kejadian berlaku pada jam 6.30 petang (semalam) melibatkan cucu lelakinya yang berusia 19 tahun.

“Suspek yang juga seorang penganggur diipercayai mengalami masalah mental dan tidak makan ubat sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Kata Rahmat, ketika ditemui, kedua-dua kaki mangsa telah dipotong pada bahagian peha tetapi tidak putus.

“Kedua-dua tangan juga dipotong dan hanya sebelah kirinya masih berada di sisi tubuh mangsa,” katanya.

Suspek katanya lagi, melakukan perbuatan itu dengan bersenjatakan pisau berukuran 15 hingga 18 sentimeter, yang kemudian ditemui di dalam pasu bunga di kawasan luar rumah.

“Selepas melakukan jenayah tersebut, suspek dilihat melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit berhampiran.

“Gerakan memburunya telah dilaksanakan secara besar-besaran dan akhirnya suspek berjaya ditahan jam 8.30 malam tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru