Tuesday, June 28, 2022

Najib gembira bakat kepimpinan anak muda dalam Parlimen Belia

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menghadiri persidangan Parlimen Belia semalam di Dewan Rakyat.

Dalam persidangan tersebut, beliau sempat memerhati bagaimana ahli-ahli parlimen Belia menunjukkan kebolehan mereka berbahas dan mengupas isu.

Perdana Menteri turut menyertai sesi perbahasa tersebut sebagai memberi galakan dan kepada anak-anak muda ini.

Malam tadi, Datuk Seri Mohd Najib memuat naik status dalam akaun facebooknya berhubung pengalaman ini,    ” Menghadiri Persidangan Parlimen Belia Malaysia Official di Dewan Rakyat tadi, saya gembira melihat gaya dan bakat kepimpinan yang ditonjolkan ahli-ahli Parlimen Belia ini membahaskan topik-topik serius seperti soal kedaulatan negara, hubungan antarabangsa, angkatan tentera dan sebagainya.

“Insya-Allah, kerajaan akan terus menzahirkan penghargaan kepada peranan belia dalam pembangunan negara melalui program-program sebegini dan banyak lagi.” – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru