Wednesday, June 29, 2022

Muhyiddin sedia jalin kerjasama dengan parti pembangkang lain

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui sebagai sebuah parti baharu,  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diterajuinya tidak mampu bergerak sendirian dan akan menjalinkan kerjasama rapat dengan parti pembangkang lain.

“Secara tak rasmi, sebelum penubuhan parti ini, kita mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk beberapa parti politik, “ katanya kepada media selepas menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Bersatu di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), di sini, semalam.

13901604_1046256975452861_1073266116378904931_nBekas Timbalan Perdana Menteri berharap selepas parti ini didaftarkan, perbincangan dengan parti lain yang berminat menjalin kerjasama akan diadakan.

“Dengan cara itu kita sama-sama dapat berjuang untuk mencapai matlamat  bagi menyelamatkan negara,” katanya.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Umno mengakui tidak mengharapkan sokongan daripada ahli Umno, namun menyatakan Bersatu sedia membuka ruang kepada ahli Umno yang kecewa dengan kepimpinan parti itu.

Menurut Muhyiddin  parti pimpinannya menyediakan ruang kepada sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat dan perjuangan sama.

Sementara itu, bercakap kepada media di Kuala Lumpur semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengingatkan ahli Umno  supaya tidak mengambil ringan penubuhan parti baharu  berkenaan.

Menurutnya, parti itu menyasarkan ahli-ahli dan penyokong Umno sebagai ahli mereka, dan ahli Umno perlu sedar bahawa Bersatu merupakan parti lawan terhadap Umno, dan bukan ditubuhkan untuk membantunya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru