Wednesday, June 29, 2022

Mieza Nawawi mohon maaf kepada rakyat Sarawak selepas tuduh Tok Nan bodoh

Secara Rawak

KUCHING: Setelah mendapat reaksi “panas” daripada netizen Sarawak, ahli parlimen belia Nurwynie Sharmiza Nawawi menerusi akaun facebook Mieza Nawawi, akhirnya memohon maaf kepada rakyat Sarawak atas keterlanjurannya.

11148763_10208144301671124_2892055439167056761_nBeliau yang kini bertugas di Petronas di Kuala Lumpur mengakui tidak menggunakan perkataan yang sepatutnya dalam muat naik status tersebut.

“Salam semua, dah lunch ktk tek ? Tujuan post tok sbnrnya is in view of the current hatred and backlashes hurled at myself in response to my post yesterday, I sincerely apologize for my colourful vocab, I acknowledge that the foul words were uncalled for. “

Bagaimanapun beliau mempertahankan tindakannya sebagai ‘suara orang muda’, dan menyifatkan pandangan itu bertujuan membolehkan rakyat negeri kelahirannya lebih bersifat terbuka dan bekerjasama rapat dengan penduduk dari luar Sarawak:

“Saya juga merasakan sbg org muda kita harus d benarkan untuk bersuara (of course dgn lebih etika:) ) agar kita dpt penjelasan dan mungkin ramai juga yg mahu mendgr penjelasan tersebut.

“However, as the younger generation of this beloved state of unity whom just trying to make a humble living far from home, in view of the current strategy imposed by the state pertaining the issue in banning the work permit for non-sarawakian, my personal humble opinion still stand.

“I still think that we have to work hand in hand with the non-sarawakian to help salvage whatever that’s left for us the younger generation.

“We were blessed to be living a harmonious surrounding in Sarawak, I think we could extend the warmth harmonious relation with others from outside, it directly shows our maturity and openness to the outside world in order for us to elevate our community, we have to embrace what the world has got to offer.

“We have vast opportunity at hand, we could make this nation great, if we could just work together and respect each other instead of threatening and condemning one another based on their birth place, race & religion. We could be better.

Dengan nada rendah diri, beliau mengakui mungkin kerana kecetekan pengalaman, maka beliau pantas membuat tindakan tersebut, yang menyebabkan ramai rakyat Sarawak berkecil hati dan marah.

“Mungkin pandangan saya d sebabkan oleh kekurangan pengalaman saya, tapi saya terbuka kpd perbincangan positif agar dpt menambah ilmu kita bersama.

“Sekali lagi saya ingin memohon maaf kpd pemimpin2 negeri kita yang dihormati dan disayangi jika bahasa kasar saya menyinggung mereka atau sesiapa saja. Wasalam. Peace ✌”. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru