Wednesday, June 29, 2022

Biayai penyelidikan bahasa Melayu dan Jawa kuno sebelum pupus

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk membiayai penyelidikan bahasa Melayu dan Jawa kuno bagi membolehkan penguasaan bahasa klasik itu tidak hilang dek zaman.

Ketua Program Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohamad Samsudin berkata, usaha itu perlu dilakukan segera sebelum bahasa-bahasa ini pupus ditelan zaman.

melayu kuno_0001

“Tidak banyak yang memiliki kemahiran peringkat tinggi ini lagi pada zaman sekarang.

“Amat jarang. Dan ini mendatangkan kesukaran untuk mengkaji manuskrip-manuskrip lama,” katanya.

Menurutnya lagi, terdapat seorang pengkaji yang melakukan kajian mengenai ‘Sulalatus Salatin’ ataupun ‘Sejarah Melayu’, terpaksa berkunjung ke Jerman bagi mendapatkan maklumat mengenai bahasa Jawa Kuno.

“Oleh itu kita perlu melihat serius perkara ini sebelum terlewat,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja mengenai ‘Pemerintahan Raja Melayu: Diplomasi dan Konflik’ sempena Konferens Antarabangsa ICHCC-Sea Ke-3 dalam Budaya dan Sejarah di Wisma Sejarah petang ini. – Sarawakvoice.com

melayu kuno_0000

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru