Friday, September 30, 2022

Tiga lelaki ditahan bersama serbuk dipercayai ketamin di Sibu

Secara Rawak

SIBU: Pasukan siasatan jenayah narkotik Daerah Sibu pada Ahad lalu berjaya menahan tiga lelaki dan merampas sepaket serbuk yang dipercayai dadah jenis ketamin.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahri memberitahu, serbuan dilakukan sekitar jam 5.30 petang Ahad lalu di sebuah rumah di Jalan Tong Sang dekat sini.

Katanya, ketika ditangkap, ketiga-tiga lelaki yang berusia di antara 24 ke 41 tahun itu positif dadah.

“Paket serbuk berwarna merah yang dipercayai ketamin kemudian dijumpai di dalam peti sejuk rumah tersebut, ketika penggeledahan dilakukan.

“Jika jangkaan kita tepat bahawa serbuk itu adalah ketamin, ia dianggarkan mempunyai nilai pasaran hampir RM10,000,” katanya lagi.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru