Wednesday, June 29, 2022

Simpanan syariah KWSP bukan sekadar dapatkan keuntungan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Pas  percaya bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beralih kepada simpanan syariah  kerana yakin bahawa kewangan yang diuruskan secara bebas riba, gharar dan maysir pasti dijamin keberkatan serta keredaan daripada Allah SWT.

Kata Naib Ketua Dewan Pemuda Pas,  Khairil Nizam Khirudin  perspektif  pencarum terhadap keuntungan menjangkau aspek material semata-mata.

Menurut beliau, pelaksanaan syariah tidak boleh selektif tetapi mesti meliputi segenap kehidupan manusia sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial.

“Pelaksanaan syariah yang betul akan mencapai matlamat Syari’ah (Maqasid Syari’ah) yang sebenar iaitu untuk membawa kemaslahatan, menolak kemudaratan, mengundang kebaikan di dunia dan di akhirat serta mendapat keredhaan Allah,” katanya.

Khairil Nizam berkata, jika majoriti rakyat yakin dengan pengurusan operasi dan pelaburan KWSP yang berteraskan syariah, maka mengapa tidak rakyat juga memberikan keyakinan terhadap pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355?

Katanya: “Pindaan RUU 355 bukan segala-galanya mengenai hudud, qisas dan ta’zir. Ia adalah sebahagian kecil usaha PAS untuk memartabatkan institusi dan peranan Mahkamah Syariah serta hukuman sedia ada setelah lebih 30 tahun tiada apa-apa pindaan.”

Sudah tentu, menurut beliau, usaha yang kecil ini adalah untuk memastikan ia selaras atau lebih menepati hukum-hakam Syara’, selain untuk mengecapi hikmah Syara’ yang tersirat di sebalik pelaksanaannya.

“Saya percaya keinginan rakyat terhadap pindaan RUU 355 ini juga melangkau kepentingan dunia, iaitu dengan memburu keredhaan Allah yang lebih utama,” ujarnya.

Purata pulangan dividen KWSP (2000-2015) adalah sekitar 5.5%. Meskipun negara berdepan kemelut ekonomi negara pada tahun 2008, KWSP tetap mampu memberi pulangan dividen sebanyak 4.5%.

Pelaburan KWSP konvensional memberikan jaminan dividen kepada pencarumnya sebanyak 2.5% setahun dalam apa-apa keadaan sekalipun sepertimana yang termaktub pada Seksyen 27, Akta KWSP 1991. Ia sangat memberikan tahap ‘keselesaan’ terhadap pelaburan dan skim simpanan jangka panjang pencarum.

“Isu pengurusan operasi dan pelaburan KWSP bertambah menarik dan dinamik apabila tinjauan survey yang dilakukan pada April 2015 menunjukkan sebanyak 71% responden mahu supaya KWSP memperkenalkan skim simpanan persaraan patuh Syariah,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru