Tuesday, August 9, 2022

Sarawak Report  dakwa Pas terima RM90 juta daripada Najib, tetapi segera dinafikan pemimpinnya

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sarawak Report semalam dalam laporannya mendakwa pimpinan tertinggi Pas menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Namun Pas segera menafikan laporan berkenaan yang disifatkannya sebagai fitnah dan satu pembohongan.

“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak mengaitkan Pas dengan Umno,” kata Timbalan Presiden Pas.
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata: “Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan Umno terus berlaku.”

“Apa pun, Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Pas,” kata Tuan Ibrahim.

“PAS ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat,” katanya.

Beliau berkata, tindakan memfitnah Pas  menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan Sarawak Report selama ini.

“Selaras dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesungguhnya fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya”, saya menggesa agar orang ramai agar menjauhi fitnah dan elak menyebarkan sebarang berita yang berbentuk fitnah, terutamanya laporan Sarawak Report terbaru ini,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru