Tuesday, August 16, 2022

Namakan pemimpin Pas yang terima RM90 juta

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pas menyifatkan laporan Sarawak Report (SR) yang mendakwa sejumlah wang RM90 juta telah dimasukkan ke akaun peribadi pimpinan Pas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak sebagai percubaan untuk melumpuhkan kepercayaan rakyat khususnya ahli Pas kepada pimpinan dan Pas.

mahfuz omarAhli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata dia tetap bersangka baik tiada pimpinan Pas yang menerima wang sebanyak itu sebagai imbuhan untuk menjauhkan Pas dari pakatan pembangkang.

Katanya, seperti  yang pernah dinyatakan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tiada mana-mana pimpinan Pas yang menerajui negeri yang di perintah oleh Pas didakwa atas tuduhan berkaitan rasuah.

“Namun bagi saya laporan Sarawak Report tidak boleh dipandang sepi oleh pimpinan Pas kerana ia sedikit sebanyak boleh mempengaruhi untuk menghakis kepercayaan rakyat terutama ahli terhadap Pas,” katanya dalam satu kenyataan.

“Sebelum ini bila SR melaporkan isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib ramai orang menganggap cerita rekaan,fitnah jahat dan sebagainya,” katanya.

Kata Mahfuz: “Saya masih tidak mempercayai laporan SR yang menuduh Pas menerima derma RM90 juta dari PM Najib yang disalurkan melalui individu pimpinan tertinggi Pas yang tidak dinamakan oleh SR.”

Mahfuz mencabar Sarawak Report menamakan pimpinan tertinggi Pas tersebut dan tunjukkan nombor akaun bank.

“Jika SR boleh dedah nama dan nombor akaun serta aliran kemasukan wang tersebut saya percaya individu pimpinan Pas tersebut akan bersedia  memberi pencerahan dan penjelasan sama ada ia derma politik Najib kepada Pas atau untuk individu tersebut,” tambahnya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru