Sunday, August 14, 2022

Mieza Nawawi anggap Tok Nan bodoh laksana moratorium

Secara Rawak

KUCHING: Tindakan seorang ahli parlimen belia, Nurwynie Sharmiza Nawawi menerusi akaun facebook Mieza Nawawi memuat naik status yang mengecam keputusan kerajaan Sarawak melaksanakan arahan moratorium atau pembekuan permohonan permit kerja untuk warga Petronas dari luar Sarawak mengundang cemuhan di laman sosial sejak semalam.

Dalam catatannya semalam, Mieza menyifatkan keputusan yang diambil oleh kerajaan itu sebagai ‘tindakan bodoh’.

“Saya tidak tahu siapa yang memberikan cadangan tetapi ia sangat dangkal.

“Awak harus tahu untuk tidak menggadaikan periuk nasi orang untuk memenuhi keperluan politik awak…bodoh!” katanya, merujuk tindakan yang diambil oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem semalam.

Menurutnya, jika Petronas menarik diri daripada industri itu di Sarawak, ribuan rakyat negeri ini akan kerugian dan kehilangan pekerjaan.

Malah dalam ruangan komentar, beliau mempertahankan tindakannya, sambil menyatakan sistem kuota yang dilaksanakan akan merugikan kerana industri akan mendapat kakitangan yang tidak berkualiti.

Muat naik status yang dianggap agak arogan ini mengundang rasa tidak puas hati netizen, yang menyifatkan sikap Ahli Parlimen Belia Sarawak itu sekadar memburu publisiti.

Mereka mempersoalkan tujuan beliau membuat kenyataan yang dianggap terpesong sedangkan objektif kerajaan melaksanakan moratorium itu adalah untuk memberi penyelesaian yang adil kepada isu penstrukturan Petronas, yang melibatkan anak Sarawak.

“Teramat biadap dan kurang ajar apabila merujuk pemimpin Sarawak bodoh dan tidak berfikir panjang sedangkan tindakan itu adalah untuk menjaga kepentingan anak negeri ini.

“Sikap seperti itu mencerminkan beliau tidak layak untuk menjadi ahli parlimen belia, atau pemimpin suara belia di negeri ini.

“Beliau amat memalukan!,” tegas Abang Abdul Aziz Abang Draup, exco Saberkas negeri ketika dihubungi hari ini. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru