Wednesday, June 29, 2022

Maher Zain berkongsi album baharunya dengan Perdana Menteri hari ini

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan penyanyi nasyid kontemporari terkenal, Maher Zain di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan dan berkongsi pelbagai perkara, termasuk berkaitan dengan perjalanan muzik dakwah Maher Zain.

Dalam status terkini akaun facebooknya, Perdana Menteri mencatatkan pengalamannya bersama artis pujaan ramai itu:

“Lagu-lagu seperti ‘Thank You Allah’, ‘Insha Allah’ dan ‘Palestine Will Be Free” lebih daripada sekadar sebentuk hiburan, tetapi mempunyai mesej dakwah yang mampu mencapai jutaan umat Islam di seluruh dunia, terutamanya dalam kalangan golongan muda di Malaysia.

“Maher Zain berkongsi dengan saya album baharu beliau tadi.

“Suka saya lihat lagu-lagu di dalamnya masih membawa mesej dakwah yang mengajak umat Islam ke arah kebaikan. Semoga kita semua memperoleh rahmat Allah SWT, Insya-Allah.

Sebentar tadi, Maher mengadakan sidang media di Menara Kuala Lumpur untuk pelancaran album baharunya, yang berjudul “One”. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru