Tuesday, June 28, 2022

Festival Filem Malaysia 2016: Perkasa hormati ketegasan penganjur

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perkasa menghormati pendirian tegas Setiausaha Kehormat Sutrada Malaysia (FDAM) dalam mengasingkan beberapa kategori filem mengikut bahasa dalam Festival Filem Malaysia (FFM) 2016.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata keputusan ketegasan itu dibuat selaras dengan perlembagaan, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Jika inilah asasnya keputusan pengasingan ini, Perkasa bediri teguh bersama FDAM,”  tegasya.

Ibrahim Ali berkata, setiap pihak mesti mendaulat bahasa kebangsaan kerana ia asas perlembagaan negara berpaksikan Perkara 153.

Sebelum ini, keputusan Finas dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mewujudkan kategori filem dalam bahasa Melayu dan bukan bahasa Melayu untuk dipertandingkan pada FFM 2016  dibantah penggiat dan pencinta filem tempatan.

Katanya: “Negara kita Malaysia mempunyai masyarakat majmuk terdiri dari  pelbagai kaum yang majoritinya kaum Melayu bersendikan warisan sejarah yang menyaksikan payung negara adalah YDp Agong serta Raja-Raja Melayu terpahat kukuh dalam perlembagaan negara.”

Justeru, menurut Ibrahim, sepatutnya segala bentuk program, kegiatan dan apa-apa juga urusan mesti berpaksikan perlembagaan negara dan Malaysia sebuah negara berdaulat yang juga wajib mempunyai identiti.

“Perkasa meminta semua pihak agar menghormati apa yang diputuskan oleh FDAM mengenai FFM 2016 jika ia benar bagi mendaulat bahasa kebangsaan menurut perlembagaan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung,” ujarnya.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Dr Megat Imran Al Yasin mencadangkan agar  FFM 2016 diteruskan seperti dirancang.

Menurutnya, segala perubahan boleh dikaji dan dibincangkan secara mendalam untuk tahun akan datang.

“Polemik ini tiada kesudahan kerana masing-masing melihat dari sudut yg berbeza. Untuk tahun ini kita teruskan sahajalah seperti dirancang,”  katanya melalui  catatan terkini di Facebooknya, hari ini..

“Tahun depan kita bincang dengan mendalam dan dapatkan resolusi yang dipersetujui bersama dengan kajian yang lebih mendalam. Semoga FFM tahun ini berjalan seperti yang dirancang,” ujarnya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru