Wednesday, June 29, 2022

Buka kampus Universiti Teknologi Petronas di Sarawak, kata PKR

Secara Rawak

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu kerajaan negeri Sarawak  tidak sekadar mengenakan moratorium bagi permit kerja  tetapi  melanjutkannya kepada permit kerja sedia ada yang dipegang kakitangan Petronas.

Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How berkata kerajaan negeri perlu menggunakan peraturan permit kerja untuk mengalih Petronas kepada pembangunan sumber hidrokarbon tempatan.

“Ia tidak harus terhadap kepada permit kerja baru tetapi juga pembaharuan permit kerja (lama) kakitangan Petronas yang bukan penduduk Sarawak,” kata Chee How.

Sebelum ini DAP  turut membuat gesaan pembatalan permit sehingga penyertaan rakyat Sarawak dinaikkan hingga 70 peratus.

Media melaporkan Petronas tidak lagi boleh mengambil warganegara Malaysia dari  luar Sarawak untuk  bekerja di negeri itu selepas kerajaan negeri Sarawak menghentikan pengeluaran permit kerja baharu.

Langkah itu susulan aduan Petronas menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di negeri itu meskipun jumlah rakyat tempatan sudah cukup rendah.

“Ini bagi memastikan Sarawak dapat menggunakan sepenuhnya sumber aslinya untuk membangunkan peruntukan yang tidak bergantung kepada kerajaan persekutuan,” kata Chee How dalam satu kenyataan.

Chee How yang juga Adun Batu Lintang meminta Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mendesak kerajaan persekutuan bertemu dengan kerajaan Sarawak bagi rundingan semula rancangan baharu bagi pembangunan bersama sumber tempatan.

Chee How berkata rundingan semula dan rancangan baharu itu perlu membabitkan beberapa perkara.

Pertama, terma dan syarat tiga pihak Perjanjian Pembangunan Petroleum – “perjanjian minyak” – antara Sarawak dengan kerajaan Malaysia dan Petronas perlu dilihat dan dirunding semula.

Kedua, kerajaan Sarawak patut memutuskan mengenai ekuiti dan penyertaan langsung oleh syarikat negeri dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (KPP) bagi pembangunan dan pengeluaran minyak dan gas serta produk berkaitan dalam negeri itu.

Ketiga, kerajaan Sarawak hendaklah mempunyai ekuiti dalam KPP sedia ada susulan pelanjutan tempohnya.

Keempat, syarikat milik negara di Sarawak sepatutnya menjadi rakan kongsi dalam KPP sedia ada.

Kelima, Petronas perlu membuka cawangan kampus Universiti Teknologi Petronas miliknya di negeri itu dengan serta-merta.

“Ini bagi memastikan orang Sarawak memperoleh pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan pengalaman dalam kejuruteraan, sains dan teknologi berkaitan industri minyak dan gas,” tambahnya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru