Saturday, December 3, 2022

Ustaz segera di FB, WhatsApp, Instagram diminta jangan remehkan fatwa mufti haramkan Pokemon Go

Secara Rawak

MELAKA: Meskipun tidak bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan oleh institusi tertinggi agama berkaitan permainan kontroversi augmented reality Pokemon Go, umat Islam sepatutnya tidak meremehkan keputusan berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, “Hari ini ada kecenderungan muncul ustaz segera di Facebook, WhatsApp dan Instagram yang mengeluarkan pelbagai ‘fatwa’ baharu yang tidak berasas dan ia boleh mewujudkan keadaan kelam-kabut,” katanya.

Umat Islam dinasihat agar menghormati pandangan mufti dan institusi berkaitan berhubung fatwa meminta mereka menjauhi permainan Pokemon Go.

Fatwa yang dikeluarkan mestilah sudah mengambil kira pelbagai aspek dan prinsip.

Pada Jumaat lepas, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata karektor Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan dimainkan oleh untuk umat Islam atas faktor maslahah dan kemudaratan.

Pada Ahad pula, Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata permainan Pokemon Go lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.

Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang sebelum ini juga menunjukkan aspek negatif permainan itu melebihi positif.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menyokong fatwa Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha larangan permainan Pokemon Go selari dengan pandangan hukum oleh negara Islam lain yang membuktikan permainan itu menjadi penyebab insiden yang membahayakan sehingga meragut nyawa.

Permainan ini mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja, justeru Jakim menyeru umat Islam di negara ini agar menghindar diri daripadanya.

Asyraf Wajdi selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu berkata, sebagai umat Islam mereka perlu mempunyai cara lebih terhormat meluahkan pendapat dan bukan meremehkannya.

“Mufti telah memberikan pandangan dan hukum agama, maka kita hormatlah ia walaupun ia tidak diwartakan sebagai fatwa dan tidak ada kuasa perundangan,” tambah Asyraf Wajdi lagi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru