Wednesday, June 29, 2022

Jangan kurang ajar dengan Dr Mahathir, kata Khairuddin

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan beliau hanya mahu menunjukkan kesetiaan dan pengorbanannya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

 Khairuddin yang sebelum ini menyatakan tidak berminat menyertai parti baharu berkata, dia tidak akan mengiktiraf kepemimpinan pemimpin lain, dan mengingatkan agar mereka tidak berlagak pandai.

“Pemimpin-pemimpin lain jangan lagak pandai dan jangan sama sekali kurang ajar dengan Tun Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam apa jua keadaan, beliau berkata, kesetiaan dan pengorbanannya hanyalah kepada bekas Perdana Menteri itu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan akan mengemukakan permohonan  kepada Pendaftar Pertubuhan dalam waktu terdekat.

Mengulas mengenai penubuhan parti baharu itu, Khairuddin mengingatkan supaya ia tidak dikawal atau menjadi milik eksklusif pemimpin tertentu sahaja.

“Sifat angkuh pemimpin mesti dibuang secara total dari jati diri pemimpin-pemimpin parti baharu. Kita harus bersih dan kelihatan bersih untuk jadi pemimpin,” katanya.

Beliau mahu parti baharu itu mengambil kira pandangan semua pihak khususnya Dr Mahathir.

“Penubuhan sesebuah parti politik mestilah berteraskan kepada pasukan atau konsep konsensus. Ia tidak boleh hanya dikawal oleh kumpulan kecil tertentu saja.

Katanya, parti politik bukan milik eksklusif seseorang individu tertentu tetapi harus menjadi milik kumpulan besar agar semangat kepunyaan bersama akan terjalin dalam kalangan ahli.

“Kaedah penubuhan parti baharu mestilah betul dari awal,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru