Wednesday, June 29, 2022

PKR yakin kekalkan Selangor; BN pula kata boleh rampas balik  

Secara Rawak

SUBANG JAYA:  Parti Keadilan Rakyat (PKR)  tidak percaya bahawa Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali Selangor daripada genggaman Pakatan Harapan.

Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin berkata kepada media di sini,  BN telah menggunakan pelbagai strategi untuk menumbangkan pakatan pembangkang sejak 2008, tetapi masih lagi gagal berbuat demikian.

Keyakinan BN untuk menang tercetus daripada keupayaan melipatgandakan undi majoriti pada pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu.

Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada 2008, dan terus mengukuhkan kedudukan apabila menambah lapan kerusi lagi pada 2013.

Pakatan memenangi 44 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 2013.

“Pada 2013 keputusan kami bertambah baik, dengan undi majoriti meningkat. Jadi, bagi saya semua itu adalah retorik, dan saya percaya Selangor akan kekal dengan Pakatan,” katanya.

Semalam Perdana Menteri berkata, BN telah mendapat formula untuk menang di Selangor pada PRU akan datang.

Najib berkata, kekalahan pada PRU lalu dan keupayaan memenangi 9,191 undi majoriti di Sungai Besar memberi idea untuk formula berkenaan.

Pemerhati politik berkata, persaingan pada PRU akan datang adalah sengit untuk BN dan pakatan pembangkang kerana kegagalan pembangkang untuk bersatu hati.

Meskipun dalam pakatan yang sama dalam kerajaan negeri namun Pas, DAP dan PKR tidak bersatu hati dalam pilihan raya kecil lalu. Pas bukan sahaja menentang calon BN, tetapi juga calon Amanah yang kini bersama-sama Pakatan Harapan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru