Sunday, June 26, 2022

Penyokong Perak kata JDT bangsat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: JDT menyifatkan kekecohan di Stadium Perak malam tadi berpunca daripada kegagalan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengawal keselamatan penyokong JDT dalam perlawanan Liga Super Malaysia.

Kekecohan berlaku selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat ‘The Southern Tigers’.

perak fanatik-0000

JDT melalui Faceboook rasmi The Southern Tigers berkata, sebaik wisel penamat ditiupkan oleh pengadil, penyokong JDT yang bersorak kemenangan telah diancam dan dibaling objek keras oleh penyokong tuan rumah sehingga menyebabkan kecederaan berlaku dan para penyokong pelawat terpaksa ditempatkan di tengah padang bagi melindungi diri.

Ada seorang wakil media membuat tuduhan bahawa kamera beliau bernilai RM30,000 telah dicuri.

“Setelah semua penyokong JDT ditahan dan diperiksa seorang demi seorang dan tidak menjumpai kamera tersebut, tiba-tiba wakil media terbabit menyatakan sudah menjumpai kamera tersebut,” kata kenyataan itu.

“Cukup-cukuplah membuat fitnah kepada penyokong JDT. Selain itu, bas penyokong juga telah diserang sewaktu perjalanan pulang manakala perkara paling memalukan adalah sewaktu lagu Bangsa Johor dinyanyikan, penyokong tuan rumah telah memperlekehkan dan mengejek serta mereka melaungkan sorakan ‘JDT bangsat’ di mana ianya tidak seharusnya berlaku,” katanya.

perak fanatik-0001

JDT mendakwa pihak keselamatan hanya memperuntukkan kurang 100 anggota Polis DiRaja Malaysia untuk mengawal keselamatan hampir 35 ribu penyokong sedangkan jumlah yang berbeza jika di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin yang akan meletakkan tidak kurang dari 1,000 anggota untuk mengawal keselamatan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru