Wednesday, June 29, 2022

Pemandu teksi terkejut ditumpangi isterinya sendiri bersama kekasih gelap

Secara Rawak

JIANGSHU: Sebaik sahaja menerima tempahan sewaan teksi melalui aplikasi mobile, pemandu bernama Huang terus memandu teksi menuju hotel mengambil kliennya.

Di hadapan hotel, Huang warga Jiangshu itu memberhentikan teksi untuk mengambil penumpang.

Sebaik sahaja pintu dibuka Huang amat terkejut apabila mendapati pasangan yahg menempah teksinya ialah isterinya sendiri bersama-sama kekasih gelapnya.

Menurut media China, Nanyang Siang Pau isteri Huang bernama Pan, 32 menempah teksi melalui aplikasi mobile selepas melakukan hubungan seks dengan kekasih gelapnya di sebuah hotel.

Pan dan kekasih gelapnya, Li kemudiannya merancang untuk makan tengah hari lalu memasuki teksi tanpa menyedari bahawa si pemandu adalah suaminya.

Sebaik sahaja melihat isterinya bersama lelaki lain, ketika itu Huang marah dan naik hantu.

Dia segera membaling kaca ke arah Li sebelum mengejarnya di sepanjang jalan.

Bagaimanapun, Li berjaya bolos dari dikejar oleh Huang.

Namun, Pan yang masih menunggu di teksi, diserang suaminya sehingga cedera pada tangannya.

Pan mendapat rawatan klinik kesihatan terdekat dan kemudian pulang ke rumahnya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru