Wednesday, June 29, 2022

Naroden teruja di Pasar Borneo di Johor, ada umbut tepus, rebung, midin, cencaluk…

Secara Rawak

JOHOR BAHRU: “Apabila saya berada di sini (Pasar Borneo), saya seperti berada di Sarawak dengan produk yang dijual adalah makanan tradisi seperti umbut tepus, cempedak, rebung, midin, cencaluk dan lain-lain,” kata Menteri Muda Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Naroden Haji Majais.

13902798_1754757171476777_9098496119659340905_n

Naroden begitu teruja menghadiri Majlis Ramah Mesra Anak Sarawak Pasar Borneo di Masai, Pasir Gudang pada Sabtu berbangga kerana anak Sarawak sedia melakarkan kejayaan sebagai usahawan meskipun berniaga di tempat orang seperti di Johor.

Pasar Borneo awalnya beroperasi secara tidak sah sekitar 2006 di Taman Megah Ria.

Di situ menjadi tapak menjual pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, makanan dan pakaian tradisi masyarakat Sarawak.

Pelbagai kuih-muih tradisional Sarawak seperti penyaram, pulut panggang Sarawak, sarang semut dan sebagainya boleh didapati di sini.

Bahkan, pada musimnya, ulat sagu turut boleh dibeli di Pasar Borneo.

Pasar Borneo menjadi lebih kemas dan tersusun apabila peniaga di situ memperoleh lesen berkelompok pada 2008 dan hanya dibenarkan menjual barangan halal.

Kini, pelancong asing seperti Korea dan Jepun turut berminat membeli-belah di Pasar Borneo yang mempunyai 56 tapak niaga, beroperasi Sabtu, Ahad dan Rabu bermula 10 pagi hingga 7 malam.

Pasar Borneo sedia untuk beroperasi lima hari seminggu.

“Dengan menjual hasil tanaman untuk menyokong keluarga bekerja off-shore atau di Singapura dan Johor adalah membanggakan,” katanya.

Selaku Penaung Persatuan Penjaja, Peniaga dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Borneo Johor Bahru/Pasar Borneo Naroden berkata Kerajaan Negeri sentiasa menyokong warga Sarawak yang mencari rezeki di tempat orang.

“Sebagai orang yang menumpang di tempat orang, saya berharap anda semua menjaga diri masing-masing,” ujar Naroden lagi.

Naroden mengucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor yang sanggup menyediakan peruntukan RM300,000 membina Pasar Borneo berbumbung dikhaskan untuk peniaga rakyat Sarawak menjual barangan cita rasa Sarawak. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru