Wednesday, June 29, 2022

Ketepikan perbezaan politik, utamakan patriotisme, kata Zahid

Secara Rawak

TAWAU: Rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu mengetepikan perbezaan politik bagi memastikan tersemai dan wujudnya semangat patriotisme yang kental.

Dengan adanya semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara, ia akan dapat menjadi benteng kepada ancaman luar.

zds

Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika rakyat bersatu padu, maka sukar bagi musuh untuk menggugat.

“Kita boleh berbeza pendapat, tetapi demi negara, kita utamakan semangat patriotisme, ketepikan politik,” katanya.

“Ancaman dari luar dan dalam dalam apa bentuk sekalipun termasuk penjajahan minda dan hati nurani harus diketepikan melalui semangat patriotisme,” katanya ketika melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, malam tadi.

Tema perayaan Hari Kebangsaan tahun ini ialah Sehati Sejiwa.

“Ini negara kita, tanah tumpah darah kita kerana di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung,” katanya mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru