Wednesday, June 29, 2022

Kerajaan Negeri laksana moratorium untuk setiap permit baharu petugas Petronas dari luar Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Berkuat kuasa serta-merta, Kerajaan Negeri akan melaksanakan moratorium untuk setiap permohonan baharu permit kerja untuk petugas Petronas dari luar yang akan berkhidmat di Sarawak.

Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, Wan Khalik Wan Muhammad memberitahu, atas arahan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu.

Isu mengenai Petronas hangat diperkata setelah berlaku pemberhentian kakitangan kanan syarikat petroleum utama negara itu di negeri ini, berikutan proses penstrukturan semulanya.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak November 2014, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah memaklumkan bahawa Petronas telah bersetuju untuk membabitkan lebih ramai anak Sarawak dalam bahagian sumber manusia, pendidikan dan latihan teknikal.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini, sebahagian besar jawatan kanan dalam operasi Petronas di negeri Sarawak bukan dalam kalangan warga negeri itu.

Berdasarkan statistik, hanya 39 hingga 46 peratus jawatan peringkat pengurusan dan pengurusan pertengahan diisi oleh rakyat Sarawak. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru