Saturday, December 3, 2022

Lelaki Indonesia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kerana seludup peluru hidup

Secara Rawak

KUCHING: Polis Bantuan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) petang semalam menggagalkan cubaan seorang lelaki warga Indonesia untuk menyeludup masuk sebutir peluru hidup ke dalam sebuah pesawat komersial yang hendak dinaikinya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, lelaki berusia 22 tahun itu dipercayai hendak menaiki penerbangan Air Asia AK5432 tujuan ke Pulau Pinang, apabila mesin pengimbas di balai pelepasan LTAK mengesan objek berupa peluru sekitar jam 5.45 petang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati memang terdapat sebutir peluru jenis 9mm di dalam dompet lelaki, yang diletakkan di dalam beg milik seorang perempuan.”

“Berikutan penemuan tersebut, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching segera dimaklumkan dan sepasukan anggota telah diarahkan ke LTAK bagi melakukan penahanan,” katanya.

Abang Ahmad berkata, penahanan dilakukan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

“Fokus kita adalah untuk mengenal pasti tujuan pemilikan peluru tersebut dan dari mana ia perolehi.

“Kita juga akan menyiasat latar belakang pemuda ini,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru