Tuesday, June 28, 2022

Dr Sim harap pelan strategik bawa perubahan di Batu Kawah dan Batu Kitang

Secara Rawak

KUCHING:  Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian menyatakan keyakinannnya terhadap keupayaan pengerusi Majlis Perbandaran Pedawan (MPP), Lo Khere Chiang dalam menerajui majlis berkenaan.

Dr Sim turut memuji Lo kerana menggubal pelan strategik lima tahun untuk majlis berkenaan, dan pelan berkenaan dipercayai mampu membawa transformasi bagi kawasan Batu Kitang dan Batu Kawah.

Adun Batu Kitang ialah Lo, manakala Dr Sim adalah juga Adun Batu Kawah.

Dr Sim  menyaksikan majlis angkat sumpah bagi Lo dan timbalannya Datuk Ahmad Ibrahim, serta 30 kaunselor.

13923312_307469452921267_1306343949091300636_o

Dr Sim juga percaya bahawa MPP akan dapat mengutip lebih banyak hasil dan hasil tersebut akan digunakan untuk faedah penduduk di kawasan terbabit.

Bagi mencapai hasrat tersebut, Dr Sim menyeru supaya semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan bekerja penuh disiplin dan komitmen.

Beliau turut menasihati para kaunselor supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh, termasuk menyelesaikan isu dan masalah teras berkaitan pengutipan sampah, perparitan, jalan raya dan lampu jalan.

Hanya dengan itu, kata Dr Sim, kualiti hidup penduduk dapat ditingkatkan.

Daripada 30  orang kaunselor yang mengangkat sumpah, 11 adalah daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) – Ahkim Sarok, Chai Sheau Lin, Chen You Fatt, Jong Nyong Khoon, Jimson Jium Sungong, Jong Tien Kiong, Lai Chien Wei, Shirley Phui Siat Lan, Tnay Li Ping, Yap Yau Sin dan Yeo Eng Kuang.

Sepuluh orang daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)  – Bronnie Marshall Benedict Poris, Henry Raud, Kamaruddin TSDS Su’aut, Pauzy Baijuri, Kassim Was, Kepel Sumeb, Michael Chin Apau, Rabian Kipli, Sahferi Tambi dan Wan Hashim Wan Sulaiman.

Manakala empat lagi daripada  Parti Rakyat Sarawak (PRS) – Apriler Payan, Lau Ting Ping, Sehat Sanub dan Vincent Richard Rindas.

Tiga orang daripada Parti Progresif dan Demokratik Sarawak  (SPDP) – Edring Maku, Sabastian Sakoi Senyau dan Stephen Ang Teck Chai; serta dua orang  daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP)  Paul Akiu Banat dan Wadel Boyod. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru