Wednesday, June 29, 2022

DAP Sabah sedia kerjasama dengan Shafie Apdal

Secara Rawak

KOTA KINABALU: DAP Sabah dilaporkan menyambut baik dan bersedia menjalinkan kerjasama dengan Datuk Seri Shafie Apdal dan parti-parti pembangkang negeri itu bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt  dalam satu kenyataan sebagaimana dilaporkan roketkini menyeru seluruh parti politik yang bersetuju dengan perjuangan demi kepentingan rakyat Sabah supaya bekerjasama untuk menentang BN dalam pilihan raya akan datang.

“Ini termasuklah perjuangan untuk mendapatkan autonomi bagi Sabah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Mengalu-alukan langkah bekas Naib Presiden Umno itu, Stephen Wong berkata perjuangan untuk memartabatkan hak negeri dan rakyat Sabah selaras dengan perjuangan DAP.

“Hanya melalui cara ini akan membawa perubahan yang lebih baik kepada Sabah dan Malaysia,” ujar Ahli Parlimen Sandakan itu dalam satu kenyataan.

Sebagai parti di peringkat kebangsaan, Stephen berkata DAP sentiasa bekerja keras menjunjung prinsip Persekutuan dengan memperjuangkan autonomi demi Malaysia yang lebih adil dan saksama.

Sementara itu, penganalisis politik berkata, jika Shafie berkerjasama dengan DAP dan parti pembangkang lain, maka jelaslah watak dan warna sebenar Shafie.

Shafie, kata penganalisis berkenaan, tidak akan berjaya mempengaruhi rakyat Sabah dengan politik yang jelas mementingkan kepentingan peribadi.

“Kalau benar beliau hendak bekerjasama dengan pembangkang yang dikutuknya selama ini, kita dapat pertikaikan keikhlasan dan prinsip perjuangan politiknya,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru