Wednesday, June 29, 2022

24 CCTV dipasang di bandar raya Kuching pantau kejadian jenayah, vandalisme

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 24 kamera litar tertutup (CCTV) beresolusi tinggi yang mampu membuat pemantauan jarak jauh dan berfungsi dalam cuaca buruk akan dipasang di beberapa lokasi strategik di bandar raya ini.

CCTV itu akan memantau sebarang kejadian jenayah, vandalisme dan sebagainya berlaku di bandar raya Kuching.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam satu kenyataan berkata, ini selari dengan usaha untuk mewujudkan  persekitaran bandar raya selamat.

“Objektif pemasangannya sebagai usaha mengurangkan kadar jenayah jalanan serta meningkatkan tahap keselamatan orang awam, khasnya,” katanya.

Dengan itu, akan meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan diberi agensi penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan PDRM.

Antara kawasan terbabit ialah Tebingan Kuching, Jalan Padungan, Jalan Satok, Tamu Satok , Jalan Haji Taha,  Kubah Ria, Jalan P.Ramlee,  Medan Pelita, Lebuh India, Jalan Gambir, Jalan Main Bazaar, Jalan Kulas, dan Jalan Semariang.

Kenyataan itu menambah, pemasangan CCTV ini merupakan projek diperuntukkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan ia akan dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan DBKU sendiri,” kata kenyataan itu.

CCTV berkenaan akan dipasang di atas tiang besi setinggi 18 meter.

Katanya: “CCTV ini berdefinisi tinggi di mana ia menggunakan tanpa wayar yang pertama di Malaysia dan boleh berpusing 360 darjah dan set tempoh masa serta fokus ke satu arah atau lokasi.” – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru