Sunday, December 5, 2021

Warga emas 66 tahun maut, kereta bertembung Hilux di Km 13 Jalan Kuching-Serian

Secara Rawak

KUCHING: Seorang warga emas maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux di Km 13 Jalan Kuching-Serian lewat petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7 malam semalam, dan dua unit jentera dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu, dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan gagal memberi tindak balas.

“Manakala kereta yang dipandunya remuk pada bahagian hadapan.

Kata Farhan, mangsa kemudian berjaya dikeluarkan dari kenderaan sebelum diserahkan kepada pasukan paramedik, yang mengesahkan dia tidak lagi bernyawa.

Mangsa yang maut kemudian dikenali sebagai Grope Mipel, 66 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru